Wednesday, June 17, 2009

MENYATUKAN SEMUA WARGA UKUR BANGUNAN (BS) !


“MALAYSIA BS – JAMBOREE 2009”

Tarikh: 4 - 6 Dis 2009
Tempat: Pulau Pinang




LATAR BELAKANG PROGRAM

Projek yang dijangka mengambil masa 3 hari 2 malam ini adalah bertujuan menyatukan kesemua komuniti di bawah satu rumpun yang sama.
Tema program yang dicadangkan adalah selaras dengan konsep program iaitu “Malaysia BS-Jamboree” dengan pengukuhan tema “Ke Arah Pemantapan dan Penyatuan BS”.
Tema ini dipilih berdasarkan kepentingan yang perlu ada dalam mengwujudkan semangat serta jati diri warga BS dalam bentuk yang lebih bersepadu dan bersistematik bagi memberikan imej yang baik kepada masyarakat.

OBJEKTIF PROGRAM
Menyatukan semua komuniti BS di antara universiti-universiti di Malaysia.
Bertukar-tukar pendapat di antara semua ahli-ahli BS.
Pemantapan profesion dan bidang tugas BS (di dalam konteks pendidikan).
Membina semangat dan jati diri warga BS secara keseluruhannya.

PESERTA PROGRAM
Penyertaan Terbuka Kepada Pelajar-Pelajar Program Ukur Bangunan Dari Semua IPTA/IPTS Malaysia

FAEDAH PROGRAM
PROFESIONAL
Mencapai satu penyelarasan dari segi praktis dan profesion dalam bidang Ukur Bangunan.
Dapat membentuk satu pangkalan data yang menghimpunkan semua maklumat-maklumat berkaitan bidang Ukur Bangunan dalam bentuk maklumat am serta strategi yang dapat di lakukan di peringkat pengajian tinggi di Malaysia bagi naikkan nama ukur bangunan.
SOSIAL
Mampu melahirkan generasi BS yang mapan dan berkemahiran dalam bidang Ukur Bangunan serta mampu menterjemahkan hasil kerja mereka dalam cara yang profesional dan lebih global.
AKADEMIK
Menjadi satu rangkaian penyebaran maklumat yang seragam di seluruh Malaysia di peringkat akar umbi (pelajar) melalui teori dan praktikal dan mampu menyampaikan maklumat kepada warga ukur bangunan di universiti masing-masing.



ACARA KEMUNCAK
“BS TROPICANA ISLAND NITE”
MAJLIS MAKAN MALAM
Tema: Tropicana
Tarikh: 5 Disember 2009
Masa: 8.30 mlm -11.00 mlm
Tempat: Pulau Jerejak Resort and Spa
Peserta program akan dibawa menyusuri bot ke lokasi makan malam


TENTATIF PROGRAM
Hari pertama (4hb Disember 2009):
Pendaftaran Peserta
Program Suai Kenal Di Antara Peserta

Hari Kedua (5hb Disember 2009):"Talk Series"
"BS Practical Works"
Majlis Makan Malam

Hari Ketiga/Terakhir (6hb Disember 2009)
Penyampaian Sijil-Sijil
Berangkat Pulang

Sila hubungi Urusetia untuk mendapatkan maklumat tentatif program yang lebih terperinci

3 comments:

  1. Salam,
    Irwan here, i'm moderator (temporary) for Building Surveying Association (BISA) UiTM Shah Alam website...
    i have already posts this up comming events...
    Wassalam...

    http://www.freewebs.com/bisauitmsalam

    ReplyDelete